CKHT adalah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang dibuat oleh penjual/pemilik hartanah daripada pelupusan atau penjualan harta tanah.
Bagaimanakah cara-cara mendapatkan pengecualian CKHT?
A) Permohonan pengecualian sekali seumur hidup. Terpakai bagi individu yang berwarganegara Malaysia sahaja dan hartanah mestilah rumah kediaman.
B) Harga pelupusan sama dengan harga belian.
C) Penjualan hartanah tidak lebih dari RM200,000.00.
D) Pengecualian Separa. Perenggan 2 Jadual 4 & Seksyen 9 – Pelupus individu berhak untuk menolak daripada keuntungan bercukai iaitu RM10,000.00 ATAU 10% daripada keuntungan bercukai (yang mana lebih tinggi).
Ada kah pelupusan yang tidak dikenakan CKHT?
1) Pelupusan hartanah yang melebihi 6 tahun.
2) Penurunan (Turun Milik) aset si mati ke atas wasi atau waris atau pemegang amanahnya
3) Pemindahan aset tanpa balasan antara suami dan isteri, ibu bapa kepada anak, datuk nenek kepada cucu
4) Hadiah yang diberikan kepada Kerajaan
5) Pelupusan sebarang aset bercukai menurut skim pembiayaan yang diluluskan oleh Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti
Hubungi kami untuk keterangan lanjut.